GOTONG - ROYONG MENGERATKAN SILATURRAHIM

Pada minggu ini kami tiada kelas di TECC kerana pihak Politeknik meminta agak pelajar membuat gotong - royong untuk membersihkan kawasan sekitar Politeknik agar kelihatan bersih dan cantik. sebelum memulakan aktiviti gotong - royong kami diminta untuk berkumpul di padang PSAS untuk diberikan taklimat dan senaman ringan agar badan bersedia untuk melakukan kerja-kerja pembersihan. Walaupun cuaca agak panas  kami  sempat berkumpul agar dapat memeriahkan suasana pada pagi itu.

macam biasa kami sempat mengambil gambar pada pagi itu

setelah selesai senaman pada pagi itu, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan saya ditugaskan untuk membersihkan makmal EPC dimana makmal ini dilengkapi dengan pelbagai alatan elektrik untuk kegunaan pelajar semasa berada di dalam makmal tersebut.







Pada mulanya, kami melihat makmal ini tidak tersusun dengan betul dan mendapati banyak habuk sekitar peralatan di dalam makmal itu. Selepas itu, pensyarah memberi tugasan agar aktiviti ini dapat berjalan dengan lancar.










setelah selesai sesi pembersihan habuk, saya dan dan rakan saya menyusun peralatan dengan kemas di atas meja yang telah disediakan di bahagian tepi makmal tersebut. Saya harap pelajar lain ambil iktibar supaya selepas menggunakan peralatan haruslah menyimpan semula di tempat asalnya.











Mereka sedang mengasingkan peralatan yang rosak untuk tujuan dibaiki pada masa akan data. Apabila bila melihat mereka ni nampak macam adik beradik pulak ๐Ÿ˜‚ sebab mereka botak sesama... nak sweet la katakan..











Priya tekun menyusun semula wayar - wayar yang berselerak di tempat yang betul dengan kemas dan teratur.













ini dia abang bro kita.. dia ingat wayar tu rambut palsu agaknya..hahaha.. apa - apa pun kami ceria dan berlawak jenaka semasa melakukan aktiviti gotong - royong tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

PERBEZAAN ANTARA SERIF FONT DAN SANSERIF FONT

RASTER IMAGES VS VECTOR IMAGES

MENULIS LIRIK LAGU ACAPELLA ( TVET TUNES )